Atikah Suhaime Belum Sedia Kahwin Walaupun Ada Kekasih


Atikah Suhaime masih belum bersedia untuk berkahwin.

Pelakon Atikah Suhaime masih belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga walaupun sudah mempunyai teman lelaki.

Atikah, 26, berkata, buat masa ini dia ingin memberi fokus kepada karier lakonannya terlebih dahulu yang masih baharu.

"Belum terfikir lagi untuk berkahwin, Insya-Allah kalau ada jodoh pasti saya akan maklumkan kepada semua.

"Buat masa ini biarlah saya memberi fokus kepada karier terlebih dahulu kerana saya pun masih baharu dan banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari," katanya.

Dalam pada itu, Atikah berkata, teman lelakinya juga berpandangan sama mahu kami menstabilkan karier masing-masing sebelum berkahwin.

Jelasnya, perkahwinan bukan perkara yang perlu diambil mudah kerana pelbagai perkara perlu dikira termasuk persediaan diri.

"Kami masih muda dan jauh lagi perjalanan kami. Buat masa ini biarlah kami stabilkan karier terlebih dahulu dan barulah fikir soal kahwin," jelasnya.


Atikah dan teman lelakinya tidak menyasarkan tempoh tertentu untuk berkahwin dan meletakkan perkara itu kepada jodoh.

Sementara itu, Atikah berkata, biarpun sebelum ini namanya terpalit dengan beberapa kontroversi kurang enak namun teman lelakinya sentiasa menyokong dia dan meminta agar lebih kuat dalam mengharungi cabaran sebagai selebriti.

Malah katanya, pemuda berkenaan sentiasa memberi sokongan kepada kariernya dan mahu dia memberi fokus dalam mencipta nama sebagai salah seorang pelakon berkaliber.

Dalam perkembangan lain, Atikah muncul dengan filem Kipidap! Selamatkan Hari Jadi berharap peminat akan menyukai filem berkenaan kerana ia sebuah naskhah kekeluargaan yang sarat dengan pelbagai mesej.

Malah kata Atikah, pengalaman berlakon disamping Rani Kulup yang terkenal dengan tagline kipidap itu cukup menarik.

Selain Atikah dan Rani Kulup, filem itu turut dibintangi oleh Hafreez Adam, Vicha Syawho dan Kartina Aziz.

Ia sedang ditayangkan di pawagam.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »