Cantiknya Anzalna!


SAMPAI ke hari ini, jika ditanya siapakah pengantin popular Malaysia paling cantik sepanjang zaman, Mizz Lahar sebenarnya hanya terbayang-bayang keindahan makhluk Tuhan bernama Anzalna Nasir semasa majlis resepsinya Sabtu lalu. Mungkin juga sebab dialah jelitawan terkini yang melangsungkan perkahwinan dan bersanding.

Tetapi, Mizz Lahar berani bersumpah tak malu mengakui, bahawa pilihan tema dan baju pengantin bintang Memori Cinta Suraya tersebut cantik sangat, kalah segala baju pengantin artis lain selama ini. Sebagai bukti bahawa gambar Anzalna itu begitu merasuk jiwa ramai, Mizz Lahar tengok ramai yang muat turun jadikan sekeping gambarnya yang dimuat naik pada 28 Februari lalu sebagai paparan utama telefon canggih masing-masing.


Kalaulah Mizz Lahar ini lelaki, rasanya tiba-tiba sahaja status Anzalna naik jadi kekasih gelap dalam hati, walaupun dia sudah bernikah dengan Hanif Zaki. Hanif pula tentu sangat bangga berdiri bersanding dengan Anzalna yang begitu mempesona persis patung Barbie.

Bukan nak banding dengan sesiapa, tapi itulah pentingnya perwatakan dan cara pembawaan diri terutama pada hari bahagia. Hari menikah, hari bersanding seelok-eloknya jadikan ia penuh harmoni, bukannya ada kejutan-kejutan sampai kalau ada yang sakit jantung boleh meninggal dibuatnya.

Okey. Selamat berbahagia diucapkan kepada Anzalna dan artis-artis yang menikah sewaktu dengannya.

MIZZ LAHAR: Nikah sudah selesai, sekarang berebut pula hak jagaan anak. Nampaknya berlarutan lagi kisah Yatt dan bekas suaminya, Abd. Mutalib.

Previous Post Next Post