Cinta lokasi Jae Hyun, Hye Sun


Jae Hyun dan Hye Sun.

SELEPAS beberapa ketika khabar angin mengenai hubungan istimewa tersebar, akhirnya pasangan selebriti Ahn Jae Hyun dan Goo Hye Sun mendedahkan kisah cinta mereka.

Berita itu disahkan sediri oleh pihak agensi masingmasing seperti yang dilaporkan Allkpop.


“Memang mereka berdua kini sedang menjalinkan hubungan cinta.

“Namun, untuk kisah selanjutnya biarlah mereka sendiri yang membuka mulut,” kata wakil agensi YG Entertainment.

Jae Hyun dan Hye Sun dikatakan mula rapat apabila keduanya digandingkan bersama menerusi drama bersiri popular, Blood tahun lalu.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »