Hesty Klepek Klepek nafi pelacur


HESTY

SELEPAS lama mendiamkan diri apabila terkait isu pelacuran, penyanyi dangdut yang popular dengan lagu Klepek-Klepek, Hesty akhirnya membuka mulut mengenai perkara itu.

Hesty menafikan dirinya terlibat dalam aktiviti pelacuran seperti yang didakwa pihak media.

“Pada awalnya, saya bertiga bersama lelaki itu dan pembantu peribadi saya. Bagaimanapun, tidak lama itu, pembantu saya minta izin keluar sebentar.


“Tidak lama selepas itu ada orang datang buat serbuan. Saya jadi bingung apabila terus dibawa ke balai polis kerana tidak membawa sebarang pengenalan diri,” jelas penyanyi berusia 22 tahun itu seperti yang dilapor portal Cumicumi.com.

Pertengahan bulan lalu, Hesty pernah ditangkap dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran di sebuah bilik hotel lima bintang bersama seorang lelaki yang terletak di Lampung, Sumatera, Indonesia.

Previous Post Next Post