Iggy Azalea Anggap Pembedahan Plastik Perkara Biasa


PENYANYI Iggy Azalea berharap masyarakat lebih terbuka menerima selebriti yang melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan lebih cantik.

Bercakap kepada majalah Elle, Iggy berkata, perkara berkenaan sebenarnya bukan sesuatu yang baharu dalam masyarakat dan artis tidak perlu takut untuk mengakui mereka melakukan perubahan kepada diri sendiri menerusi teknik berkenaan.


Iggy sebelum ini pernah mengakui melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidung dan buah dadanya kepada umum.

"Sejak berumur 16 tahun saya mahu melakukan pembedahan dan ia bukan sesuatu perkara memalukan.

"Bukan sahaja selebriti malah orang biasa pun banyak melakukannya dan ia sepatutnya bukan lagi sesuatu yang perlu dijadikan rahsia," ujarnya.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »