Justin Bieber impikan keluarga sendiri


Justin Bieber

SAMA seperti manusia lain, penyanyi popular Justin Bieber mengakui selain kerjaya yang hebat, dia turut mengimpikan untuk memiliki sebuah keluarga sendiri.

Walaupun kariernya telah tercapai namun, sekarang bukanlah masa yang tepat untuk melaksanakan impian berkeluarga.


“Saya percaya semua orang memiliki impian yang sama cuma sekarang bukanlah masa yang sesuai.

“Saya mungkin akan memikirkan soal itu ketika berusia 30 tahun,” katanya seperti yang dilaporkan Female First.com.

Pada masa sama, penyanyi berusia 22 tahun ini turut mendedahkan kriteria wanita yang menjadi pilihannya.

“Kriteria yang saya utamakan dan paling penting adalah wanita yang memiliki hati yang baik,” katanya.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »