Kim Won Joon Pilih Pendakwa Raya Sebagai Isteri


Kim Won Joon bakal berkahwin pada 16 April depan.

PENYANYI Kim Won Joon mengesahkan bakal berkahwin dengan teman wanitanya yang juga seorang pendakwa raya hanya selepas tiga bulan berkenalan.

Soompi melaporkan pasangan itu akan melangsungkan perkahwinan pada 16 April depan manakala majlis akan diadakan secara tertutup.


"Mereka berkenalan menerusi seorang kenalan pada Januari lalu dan dalam masa singkat hubungan mereka menjadi serius dan mengambil keputusan berkahwin.

"Majlis itu nanti akan diadakan secara tertutup dan mengikut adat perkahwinan Korea," kata wakil syarikat pengurusannya.

Wanita berkenaan 14 tahun lebih muda daripada Won Joon yang kini berusia 43 tahun.

Previous Post Next Post