Kutcher, Kunis mahu privasi


Mila Kunis dan Ashton Kutcher

BIARPUN perkahwinan antara pelakon Mila Kunis dan Ashton Kutcher tahun sudah diketahui umum, namun sehingga hari ini alasan pasangan ini mengadakan majlis secara rahsia masih belum terjawab.

Ketika diundang pada sesi temu ramah menerusi The Ellen Show, akhirnya Kutcher mendedahkan alasan tersebut.

Sama seperti manusia lain, Kutcher akui mahu menjalani majlis perkahwinannya secara privasi dan tenang tanpa sebarang gangguan.


“Saya mahu menjalani saat itu dengan tenang kerana itulah hari bahagia saya. Saya tidak mahu majlis pada masa itu diganggu media,” jelasnya.

Bukan hanya majlis perkahwinan, pasangan ini juga dilihat memilih untuk tidak mendedahkan cahaya mata pertama mereka, Baby Wyatt kepada umum.

“Kami mahu dia membesar seperti kanak-kanak lain. Walaupun tidak mendedahkannya kepada umum, tapi kami sering berkongsi perkembangannya bersama peminat,” katanya.

Previous Post Next Post