Lady Gaga mahukan perkahwinan ringkas


Lady Gaga sememangnya dikenali sebagai penyanyi yang sering berimej pelik.

Bagaimanapun, untuk majlis perkahwinannya bersama Taylor Kinney nanti, penyanyi yang pernah tampil memakai busana yang diperbuat daripada kepingan-kepingan cakera padat (CD) dan busana daripada hirisan daging itu tidak mahu menganjurkan parti liar serta memakai busana perkahwinan yang mengundang perhatian ramai.

Penyanyi berusia 29 tahun itu sebaliknya akan menyerahkan urusan perkahwinannya kepada keluarganya.


“Jika saya tidak membiarkan ibu dan keluarga untuk menguruskan perkahwinan ini, mereka mungkin akan membunuh saya,” ujarnya menerusi satu petikan.

Gaga juga mendedahkan, dia tidak mahu perkahwinan yang gah, tetapi sekadar majlis yang ringkas sahaja.

Pelantun lagu Till It Happens to You itu sehingga kini masih enggan berkongsi tarikh perkahwinannya.

Previous Post Next Post