Lee Seung Gi Ditempatkan Di Unit Senjata Perang


PELAKON Lee Seung Gi yang kini sedang menjalani latihan wajib ketenteraan dilaporkan bakal ditugaskan di bahagian persenjataan tentera.

Syarikat pengurusannya Hook Entertainment berkata, pelakon tersebut akan menjalani latihan khusus persenjataan perang selepas berjaya melepasi latihan asas selama enam bulan.


"Dia berkhidmat dengan cemerlang dan terpilih untuk berada di bahagian persenjataan," ujar wakil Hook Entertainment.

Aktor drama King 2 Hearts itu juga dikhabarkan mempunyai peluang cerah untuk mendapat pangkat lebih tinggi dalam latihan ketenteraan itu.

Dia juga bakal menjalani latihan kententeraan paling berat dalam unit tentera negara itu.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »