Lelaki Mahu Jual Isteri Di Facebook Pada Harga RM6,000


POLIS di Madya Pradesh, India, mencari seorang lelaki yang meletakkan iklan di Facebook, menawarkan untuk menjual isterinya pada harga 100,000 rupee (RM6,000), akhbar harian berbahasa Tamil melaporkan.

Dileep Mali, 30, dilaporkan berpindah ke negeri itu tiga tahun lalu selepas berkahwin. Pasangan itu juga mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun.

Lelaki itu kemudian dibebani hutang, dan banyak meminjam wang daripada keluarga dan rakan-rakan, tetapi tidak mampu membayar kembali wang yang dipinjamnya. Diburu setiap hari oleh pemiutang, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan bandar tempat mereka tinggal dan pulang ke kampung bersama keluarganya.


Ketika isterinya pergi melawat ibu bapanya di kampung halamannya bersama anak mereka, lelaki itu mengambil keputusan untuk menjual isterinya di laman media sosial.

Lelaki yang terdesak itu menyiarkan gambar isteri bersama anaknya dan meminta pembeli yang berminat menghubunginya.

Isterinya, yang tahu mengenai posting itu daripada saudara-maranya yang juga terkejut, membuat laporan polis terhadap suaminya.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »