Miley Cyrus Berubah Demi Kekasih


PENYANYI Miley Cyrus yang kembali bercinta semula dengan Liam Hemsworth dilaporkan cuba menjalani kehidupan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Perubahan paling ketara apabila penyanyi lagu Wrecking Balls ini dilihat sering tampil dengan pakaian sopan. Malah dia juga tidak lagi memuat naik foto ghairah seperti yang sering dilakukan sebelum ini.

Selain itu, dia juga jarang menghabiskan waktu berpesta sehingga larut malam seperti dahulu.

Dia kini lebih memilih untuk menghabiskan masa di rumah dan bersama kekasihnya itu.


"Dalam beberapa minggu sejak bercinta kembali pasangan ini lebih menyendiri dan tidak banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakan di luar.

"Miley dilihat banyak berubah daripada seorang gadia liar kepada yang suri rumah tangga. Dia melakukan perkara yang disukai oleh kekasihnya itu," ujarnya.

Selain itu menurut sumber, wanita itu juga sudah banyak berbicara tentang perkahwinan.

Miley Cyrus dan Liam Hemsworth mulai bercinta ketika sama-sama membintangi filem The Last Song pada 2010 lalu. Keduanya pernah bertunangan pada 2012, namun putus pada September 2013.

Previous Post Next Post