Minah (Girls Day) Ajar Bahasa Korea Menerusi Sitkom


Minah bakal muncul dalam sitkom berjudul Hello, Our Language.

PENYANYI Minah dilaporkan bakal muncul dalam sebuah sitkom berjudul Hello, Our Language untuk mengajar penonton menggunakan bahasa Korea dengan betul.

Allkpop melaporkan Minah yang juga anggota kumpualan Girls Day akan bergandingan dengan pengacara Kang Seung Hwa mengendalikan program berkenaan.


Konsep komedi digunakan bagi menarik perhatian penonton selain segmen Minah hanya berdurasi tiga minit sahaja.

"Minah akan memainkan watak seorang wanita yang ingin mencari pekerjaan dan menerusi sitkom itu nanti beberapa kejadian menarik menimpanya sekali gus dapat mengajar penonton tentang bahasa Korea," menurut wakil syarikat pengurusannya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »