Nikita terima Samuel Rizal tidak romantik


Pendedahan hubungan cinta antara dua bintang Indonesia, Samuel Rizal dan Nikita Mirzani mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat yang sudah lama menghidu bibit-bibit mesra antara mereka.

Nikita mendedahkan bahawa kekasih hatinya itu sebenarnya seorang yang tidak romantik dan sangat lurus dalam menyatakan sesuatu perkara.

“Samuel seorang yang jujur. Dia tidak pandai meluahkan perasaan dengan melakukan perkara-perkara romantis.


“Mungkin kerana sudah lama tidak berteman maka tekniknya ketika bercinta dahulu sudah berkarat,” ujar Nikita sambil tertawa.

Walaupun begitu, Nikita tidak menganggap perkara tersebut sebagai satu masalah dan menerima hero filem Eiffel I’m In Love itu seadanya.

“Selagi dia menerima saya dan anak seadanya, saya tidak berasa perlu untuk dimanjakan keterlaluan seperti pasangan remaja,” katanya telah menjalin hubungan selama enam bulan.

Previous Post Next Post