Park Bo Gum Perjelas Isu Muflis


Park Bo Gum mengakui pernah bergelar muflis.

PELAKON Park Bo Gum menjelaskan khabar angin mengatakan dia diisytiharkan sebagai muflis adalah isu lama yang tidak perlu dibangkitkan lagi.

Soompi melaporkan, Bo Gum bagaimanapun mengakui dia pernah muflis namun ia berlaku beberapa tahun lalu dan ia telah pun selesai.


"Benar saya pernah muflis tetapi ia kisah lama dan telah pun selesai.

"Sekarang status kewangan saya kembali normal dan tiada sebarang masalah," jelasnya menerusi satu kenyataan dikeluarkan oleh syarikat pengurusannya Blossom Entertainment baru-baru ini.

Tambahnya lagi, ketika diisytiharkan muflis dia berjaya menyelesaikan masalah kewangannya dalam masa enam bulan.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »