Pelanggan Arab Saudi Tawar RM100,000 Untuk Gaun Anzalna Nasir


Belum habis lagi sebenarnya kisah gaun pengantin Anzalna Nasir yang mula diperkatakan ramai sejak beberapa minggu yang lalu ini, khabarnya kecantikan dan keunikan gaun tersebut dapat perhatian seluruh dunia.

Anzalna Nasir memaklumkan yang ramai pelanggan baru menghubungi penaja gaun tersebut iaitu Cosry untuk menempah baju pengantin yang sama untuk majlis perkahwinan mereka.

“Tiga hari selepas majlis selesai, saya dimaklumkan yang ada pelanggan dari Sarawak menghubungi pihak Cosry. Pelanggan itu mahu menempah gaun baru tetapi dia mahu rekaan yang sama seperti saya gayakan”

“Malam tadi pula, pihak Cosry hubungi saya dan mengatakan yang ada pelanggan dari negara Arab Saudi mahu membeli baju yang telah saya pakai. Saya ingatkan main-main sahaja, rupa-rupanya perkara ini serius”


“Saya terkejut kerana pelanggan itu meletakkan harga USD25,000 terhadap baju tersebut”

“Pelanggan itu mahukan gaun yang saya pakai di majlis resepsi itu kerana mereka sudah tertarik dengan rekaan gaun tersebut. Pelanggan tersebut tidak mahu gaun baru kerana takut detailing yang ada pada baju tersebut nanti tidak sama dengan yang asal,” tambahnya.

Memang hebat betul penangan gaun pengantin Anzalna Nasir sehingga ada yang sanggup meletakkan harga tinggi sebegitu. Bertuah badan kerana ada memori indah lain yang lahir di hari perkahwinan, heh





Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »