Peminat hantar resume mahu pinang Mira Filzah


PELAKON baharu Mira Filzah yang mendapat perhatian dikalangan peminat seni tanah air kerana bakat serta kecantikannya mengaku ada peminat sanggup menghantar resume untuk meminangnya.

Menurut Mira, ada kalangan peminatnya di laman sosial Instagram cuba memikatnya dan ingin meminangnya secara serius.

"Ada yang cuba mengurat. Dalam emel pun ada.


"Sehinggakan ada yang betul nak meminang secara serius dan memberikan resume tunjukkan dia kerja apa. Namun semua saya anggap perkara biasa mungkin kerana dikenali," katanya dipetik portal Roti Kaya.

Tambah wanita berusia 23 tahun ini lagi, dia tidak mempunyai masa untuk bercinta kerana sibuk serta mahu fokus dengan kerjayanya itu.

Mira Filzah yang mula popular selepas membintangi drama Cinta Si Wedding Planner bersama pelakon Adi Putra turut tercalon sebagai finalis bagi kategori Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »