Penjelasan cerai Sahrul Gunawan


Pada kebiasaannya, jika berlaku perpisahan atau perceraian dalam kalangan selebriti, mereka memilih untuk merahsiakan puncanya atau lebih selesa untuk tidak memberikan komen lanjut tentang hal itu.

Berbeza dengan aktor Indonesia, Sahrul Gunawan yang bersikap terbuka tentang isu perceraian dengan isterinya, Indri apabila menjelaskan sebab mereka mahu berpisah di laman Instagram miliknya.

Memuat naik gambar berdua, Sahrul menulis bahawa perceraian adalah jalan terbaik buat dia dan Indri kerana sudah tidak mempunyai persefahaman dalam menjalani kehidupan berumah tangga.


“Kami berpisah kerana Allah dan bukan kerana anasir-anasir luar. Saya dan Indri sudah cuba mencari kata sepakat namun masih gagal mengatasi perbezaan pendapat tentang bagaimana hendak meneruskan hubungan suami isteri,” tulisnya yang turut mengaku walaupun sudah bercerai, mereka tetap menjalin hubungan baik sebagai sahabat.

Sahrul dan Indri bernikah pada tahun 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ezzar Raditya Gunawan, Raihana Zemma Gunawan dan Faeyza Mikail Gunawan.

Previous Post Next Post