Percutian cinta Katy Perry, Orlando Bloom


Penyanyi terkenal, Katy Perry, 31, sah sedang dilamun cinta dengan aktor kacak, Orlando Bloom, 39. Pasangan itu dirakam sedang bercuti di Hawaii baru-baru ini.

Selain menghadiri makan malam romantis, mereka juga menikmati keindahan alam semula jadi dengan aktiviti pendakian.

Dalam beberapa keping gambar yang tersebar di internet, pasangan tersebut dilihat berpegangan tangan sepanjang aktiviti pendakian. Gambar tersebut secara tidak langsung mengesahkan khabar angin percintaan yang tersebar selama ini.

Meskipun berpakaian ringkas dan tanpa secalit solekan, pasangan tersebut tetap mudah dikenali dan jejak mereka diikuti oleh paparazi yang berjaya merakam gambar percutian berkenaan.


“Perry menyukai Bloom kerana lelaki itu seorang yang peramah. Hubungan mereka nampaknya serius dan sudah menjadi pasangan kekasih secara rasmi. Perry juga telah memanggil Bloom dengan nama yang manja.

Mereka memilih percutian di Hawaii kerana Perry dan Bloom amat sukakan aktiviti luar,” jelas sumber yang rapat dengan pasangan berkenaan.

Bagaimanapun, sehingga kini Perry mahupun aktor Pirates Of The Caribbean tersebut masih belum membuat pengumuman rasmi mengenai status perhubungan mereka.

Previous Post Next Post