Petronas Kurangkan 1,000 Pekerja


Wan Zulkiflee Wan Ariffin

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dijangka mengurangkan 1,000 pekerja menerusi penstrukturan semula kumpulannya.

Syarikat minyak nasional itu berkata, usaha menyeluruh berterusan akan dijalankan bagi menempatkan semula pekerja yang terlibat.

"Petronas akan memulakan proses untuk melepaskan pekerja seperti yang diperlukan, dijangka selesai dalam masa enam bulan," katanya dalam satu kenyataan.

Petronas turut mengumumkan kepimpinan baharu, berikutan kajian semula terhadap model operasi perniagaan untuk kecekapan perniagaan lebih baik, berdaya tahan dan kemampanan ketika dilanda persekitaran mencabar dalam industri mintak dan gas.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin mengumumkan barisan kepimpinan baharu, berserta struktur kumpulan kepimpinan tertinggi pada perhimpunan bersama kakitangannya pada Selasa.

Struktur baharu itu berkuat kuasa 1 April 2016.

Menurut Petronas, struktur baharu itu akan menjadikan syarikat lebih efisen bagi membolehkan ia mengemudi organisasi itu dalam persekitaran luaran yang mencabar.

"Ia menandakan permulaan sejumlah transformasi bagi kumpulan bagi menjadikannya lebih berdaya tahan dan memberi fokus kepada pengembangan dalam landskap industri semasa dan masa depan," katanya.

Previous Post Next Post