Randy Pangalila jaga badan


Randy Dionisius Pangalila atau lebih dikenali sebagai Randy Pangalila

MENGAMALKAN cara hidup yang sihat dengan aktiviti sukan adalah cara aktor kacak Randy Pangalila menjaga penampilan dirinya.

Bukan hanya sekadar mengisi waktu lapang, Randy akui bersukan banyak mendatangkan manfaat buat dirinya.


“Setiap hari, saya akan meluangkan masa selama satu jam untuk bersukan dan selalunya saya akan mendapatkan nasihat daripada pelatih yang berpengalaman untuk senaman yang tepat.

“Saya juga bersyukur, selain memiliki tubuh badan yang sihat, saya juga sering mendapat tawaran lakonan,” katanya menerusi portal Kapanlagi.

Previous Post Next Post