Reaksi Yuna Apabila Peminat Suruh Cakap Bahasa Melayu


Lama kita tidak dengar cerita tentang penyanyi yang menjadi kebanggaan ramai rakyat Malaysia ini kerana sudah menempa nama di industri hiburan Amerika Syarikat. Terbaru, Yunalis Zarai atau Yuna bakal muncul dengan album baru.

Album baru berjudul Chapters itu bakal menemui peminat pada 20 Mei 2016 dan seperti album antarabangsa beliau sebelum ini, Yuna meneruskan tradisi bekerjasama dengan nama besar seperti Usher, Jhene Aiko dan DJ Premier.


Semakin aktif di Twitter melayani peminat sambil mempromosikan album terbaru beliau, satu interaksi Yuna bersama seorang peminat yang mahu beliau lebih banyak bercakap bahasa Melayu di laman sosial itu menarik perhatian kami.



Sure enough, comeback dari Yuna memang kena pada sasaran. Kami suka!



Walaupun kami setuju dengan saranan peminat itu supaya Yuna lebih kerap berbahasa Melayu untuk peminat di Malaysia namun kami juga faham yang Yuna kini mempunyai peminat dari seluruh dunia yang pastinya lebih faham apa yang dikatakan dalam bahasa Inggeris.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »