Shahrol Shiro akhiri zaman duda


PELAWAK dan pengacara, Shahrol Shiro selamat menamatkan zaman dudanya bersama gadis pilihan hatinya, Anna Danisha tepat jam 9.15 malam tadi .

Memetik laporan Astro Gempak, Shahrol atau nama sebenarnya, Shahrol Azizie Azmi, 31, dinikahkan dengan Anna atau nama sebenarnya Nor Farhanah Syamimi, 26, dengan mas kahwin senaskah kitab suci al-Quran.

Mengenakan persalinan serba putih, majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Jemerlang, Kampus Intan Wilayah Selatan, Kluang, Johor.


Majlis pada malam tadi hanya dihadiri kenalan rapat dan keluarga, sementara majlis resepsi pihak perempuan bakal berlangsung hari ini manakala majlis resepsi pihak lelaki bakal diadakan pada bulan Julai, selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Shahrol pernah berkahwin pada tahun 2008, namun berpisah selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan lalu, Shahrol dikurniakan seorang anak, Muhd Adam Danish yang kini berusia lapan tahun.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »