Zarina Zainoordin sertai BestFM


PENYANYI dan juga pelakon, Zarina Zainoordin, yang juga dikenali sebagai Zarina AF, menyertai senarai penyampai BestFM yang terbaharu.

Penyertaan Zarina sekali lagi mencatat sejarah buat stesen radio itu apabila penyampainya adalah dari kalangan selebriti dan gandingan penyampai sedia-ada yang akan memantapkan lagi keseluruhan barisan penyampainya.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan teka-teki hampir dua minggu buat para pendengar setia Best Pagi BestFM mengenai pemilik suara DJ Misteri atau 'DM' yang menemani penyampai Zairi setiap pagi.

Pada kali ini gandingan Zairi dan Zarina atau dengan nama ‘catchy’ mereka 'DOUBLE Z' bakal membuatkan BestFM kini lagi BEST dalam Best Pagi, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.


Selain daripada itu, segmen perdana yang lain seperti 'Best Petang' (4 petang – 8 malam) dihoskan penyampai sedia ada yang sinonim dengan jenama 'Azieqa' juga cukup dikenali di kalangan pendengar selatan tanah air.

Manakala segmen-segmen yang lain seperti 'Best Hits' dihoskan Fiezah (10 pagi Р1 tengahari), 'Best Caf̩' (1 tengahari Р4 petang) yang popular dengan slot Best Karoks dihoskan Helmi.

Segmen terbaharu di BestFM, 'Best Cinta' (8 malam– 10 malam) dikendalikan ZZ kini semakin menjadi kegemaran dengan seleksi lagu lagu cinta yang hits dan terkini.

BestFM juga merancang beberapa siri jelajah seperti Konsert Pentas BestFM di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada bulan Mac, Roadshow Pentas BestFM 2016 di Plaza Alam Sentral Shah Alam pada bulan April dan di KipMart Segamat pada bulan Mei 2016 ini.

BestFM tahun ini melalui beberapa strategi promosi dan pembaharuan yang dibuat untuk terus kekal sebagai Stesen Radio Tertinggi No 1 Dari Segi Jumlah Masa Mendengar Paling Lama di Malaysia berdasarkan kajian pendengar oleh RAM Nielsen baru-baru ini.

Previous Post Next Post