Pelakon, pengacara dan model, Intan Ladyana bersama kakak dan ibunya, telah melancarkan minuman tambahan kecantikan dan kesihatan khas buat mereka yang ingin memiliki kulit yang cerah, cantik dan sihat tanpa memudaratkan kesihatan.
Produk yang dinamakan Lamera - Fair, Flawless & Fruitylicious ini dicipta dari hasil penyelidikan yang dijalankan selama 24 bulan oleh kedua adik-beradik ini, bersama dengan pakar nutraceutical dari Switzerland dan pakar nutrisi tempatan bagi mendapatkan formula terbaik untuk semua, termasuk untuk individu yang alah kepada kolagen hasil laut.
Menurut Intan, Lamera adalah cetusan idea dengan kakak dan ibunya apabila mereka mendapati produk kecantikan yang mereka gunakan pada waktu itu mengandungi bahan terlarang dan diharamkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Saya memang mengamalkan pemakanan buah-buahan terutamanya anggur, delima dan buah-buahan tropikal setiap pagi untuk mengekalkan kesihatan tubuh, mungkin sebab itu kulit saya tidak terlalu terjejas sewaktu berhenti memakai produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan terlarang.
"Namun, kakak saya yang tidak berapa menitik beratkan pemakanan buah-buahan mendapati kulitnya mula menjadi kasar dan mudah sensitif. Alhamdulillah, setelah menjadi ‘test tube’ kami, kulit kakak saya pulih dalam jangka masa yang sangat singkat malahan sakit rheumatoid arthritis yang dialaminya juga pulih.
“Saya percaya bahawa pemakanan dan penjagaan kesihatan dalaman dengan campuran ramuan yang betul dapat memulihkan penyakit dan juga memberi penampilan yang lebihmenarik kepada seseorang," kata Intan pada Majlis Pelancaran Lamera di Bonjour GardenCafe, Kota Damansara.
Pada masa yang sama, Intan Rianna selaku Pengarah Urusan Lamera juga mengumumkan dua berita baik untuk semua peminat Intan Ladyana dan juga pengamal makanan kesihatan Lamera.
“Dengan pembelian dua (2) kotak Lamera sebelum 7 Febuari 2014, anda akan berpeluang untukmemenangi percutian ke Gold Coast Australia bersama dengan Intan Ladyana selama 5 hari 4 malam. Anda hanya perlu menghantar gambar anda serta kod produk yang berada di dalam kotak Lamera dan hantarkan kepada email kami di lamera.co@gmail.com sebelum tarikh 14Febuari 2014. Kami akan memuatnaik gambar anda di laman rasmi Facebook kami untuk jangka masa 30 hari. Lima individu yang mendapat ‘likes’ terbanyak akan dapat melancong bersama kami," ujarnya.
Kandungan dan Kelebihan Lamera ialah setiap paket mengandungi 5,000,000 microgram Stemcell anggur organik dari Switzerland yangberfungsi untuk memulihkan kulit dari kerosakan yang di akibatkan oleh sinar UV matahari dan debu, menghilangkan garis halus, memulihkan keanjalan kulit dan mengurangkan keguguran rambut. Ia juga sangat bagus untuk kesihatan tulang, sendi, rambut, kuku dan bibir.
Lamera juga mengandungi Ananas Enzyme dari Pulau Hawaii yang digabungkan dengan Manjakani untuk memberi kesihatan dalaman wanita yang dapat menguatkan dan mewangikan dinding faraj tanpa mengakibatkan sakit jantung seperti sesetengah herba dan ubatan. Lamera juga kaya dengan ekstrak buah delima dari Turkey, buah Beetroot, Glutathione, AcidHyaluronic, gabungan buah-buahan Sitrus, ekstrak kacang Soya, Madu, dan probiotik GOS.
Supplemen Lamera dapat dirasai keberkesanannya seawal lima hari penggunaan dan sesuai bagi mereka yang berusia 16 tahun ke atas termasuk individu pemakan sayuran (Vegetarian) kerana Lamera tidak mempunyai sebarang bahan dari haiwan tenusu ataupun hidupan laut. Setiapkotak di jual dengan harga RM149 untuk penggunaan satu bulan.