Irma Hasmie Hamil Anak Kedua



Alhamdulillah. Murah sungguh rezeki Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah Azmeer. Baru sahaja menyambut hari lahirnya baru-baru ini, kali ini Irma telah disahkan hamil anak kedua mereka. Untuk makluman, anak sulung mereka, Redza Syah Irfhan kini telah berusia lebih kurang 10 bulan. Molek benarlah “timing” untuk menimang anak kedua.

Berita ini telah dikongsi sendiri oleh suami Irma sendiri menerusi akaun Instagramnya. Tulis Redza Syah Azmeer:-

Alhamdulillah…Alhamdulillah..Alhamdulillah…Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar! Terima kasih atas pemberian zuriat pada kami Ya Allah…Doakan #irmahasmie dipermudahkan untuk terima amanah Allah SWT…Im very proud of u mommy :) Me & #redzasyahirfhan love u so much…Syukur Alhamdulillah




Tahniah diucapkan buat Irma Hasmie sekeluarga atas berita gembira ini. Semoga dengan kehadiran cahaya mata kedua ini kelak akan memeriahkan lagi keluarga mereka. Beberapa lagi gambar keluarga bahagia ini dengan membaca artikel sepenuhnya.

Previous Post Next Post