Johan Raja Lawak Menang Kes Tuntutan Saman RM1 Juta



Pelawak, pelakon dan pengacara, Johan (Raja Lawak) berjaya dalam tuntutan saman RM1 juta terhadap Juara Film Production Sdn Bhd & pengarah Mohd Javed Mohd Nizar, akibat kecederaan dialaminya selepas dibaling gelas kaca pada tahun 2010 lalu.

Keputusan tersebut dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam.




Menurut laporan Berita Harian, Johan Raja Lawak cedera di bahagian muka dan kepala selepas bergaduh dengan pengarah drama tersebut di sebuah restoran di Taman Sri Pulai 2, Seremban pada 11 Mei 2010.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, Johan bersama isterinya Rozlinawaty Ismail atau Ozlyn Wati ke restoran berkenaan berjumpa dengan pengarah berkenaan untuk berbincang tentang drama yang dibintangi mereka berdua.

Suasana khabarnya menjadi kecoh apabila pengarah berkenaan tiba tiba bertindak membaling gelas ke arah Johan hingga menyebabkannya cedera di bahagian muka dan kepala.
Previous Post Next Post