Linda Onn dedahkan gambar suami



Penyampai radio terkenal Linda Onn telahpun selamat menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka berketurunan kerabat diraja yang dikenali sebagai Ungku Azhar dalam majlis tertutup pada Disember 2013 yang lalu.

Tahniah Linda Onn Selamat Bergelar Isteri Ungku Azhar




Pada hari penikahannya Linda tidak membenarkan mana-mana media hiburan hadir untuk membuat liputan atas alasan permintaan suami dan keluarganya. Jadi baru hari ini, Linda bersedia mendedahkan wajah suaminya yang tercinta melalui laman sosialnya.

“Yeay! Linda baru dapat gambar nikah dari official photographer tadi. Thank you hubby ku Ungku Azhar for the photo! Love you like a love song,” tulis Linda Onn di laman sosial Instagram miliknya.

Previous Post Next Post