Temui Pengganti, Lana Nordin Sedang Bercinta Dengan Doktor?



Kami baru sedar satu perkara hari ini, Lana Nordin sebenarnya dieja sebagai Lana Nodin tanpa R didalamnya. Well, terlajak perahu boleh undur, terlajak eja kita pakai sampai mati. Duh!

Putus cinta dengan Johan As’ari nampaknya tidak banyak memberi kesan kepada pasaran Lana Nordin dalam dunia percintaan apabila laporan terbaru ada menyebut yang pelakon itu kini sedang rapat dengan seorang doktor.




Kosmo! menulis doktor yang bertugas di Amerika Syarikat itu pulang ke Malaysia atas satu urusan berjumpa dengan Lana Nordin di Pulau Pinang dan menurut penulis, mereka sebenarnya sudah lama kenal — cuma sekarang baru berani rapat.

Laporan itu juga menyebut yang jejaka kacukan Pakistan dan mat saleh itu siap hantar jambangan 50 tangkai bunga mawar yang kemudian dimuatnaik gambarnya oleh Lana Nordin ke Instagram.

UPDATE-1: Lana Nordin menafikan beliau sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki bergelar doktor selepas hubungannya dengan aktor Johan As’ari putus dan berkata laporan akhbar tersebut sebagai tidak benar sama sekali.



Bertuah badan orang kata, tidak menjadi dengan yang satu, datang satu lagi yang lebih baik. Kami harap hubungan kali ini lebih matang dan serius. Kan?
Previous Post Next Post