Yuna Nyanyikan Lagu Tema Tahun Melawat Malaysia 2014





SSempena Tahun Melawat Malaysia 2014 yang berlangsung sepanjang tahun ini, banyak promosi telah diadakan baik dalam mahu pun luar negara bagi mempromosikan Malaysia kepada dunia.




Artis tempatan juga tidak ketinggalan memainkan peranan penting dalam memastikan Tahun Melawat Malaysia 2014 berjaya mencapai matlamatnya.

Penyanyi popular Yuna telah menyumbangkan suara dalam lagu 'Malaysia Truly Asia 2014' yang menjadi lagu tema untuk tahun ini. Jika dulu Dato' Siti Nurhaliza pernah menyanyikan lagu ini dalam Bahasa Melayu, kini Yuna membawakan lagu tersebut dalam Bahasa Inggeris dengan gayanya yang tersendiri.

MuatTurun Mp3
Previous Post Next Post