Dilarang bertemu Justin Bieber



Ramai yang berpendapat, penyanyi bermasalah Justin Bieber sebagai punca utama mengapa bekas kekasihnya, Selena Gomez masuk ke pusat pemulihan.

Kini, setelah memasuki pusat pemulihan, Gomez telah diberi amaran sama sekali untuk tidak menghampiri atau mendekati Bieber.

Menurut laporan Showbizspy, ahli keluarga dan rakan-rakan rapat Gomez yang mengeluarkan amaran itu kerana bimbang dengan keselamatan diri penyanyi wanita itu.

“Boleh dikatakan, hampir kesemua yang rapat dengan Gomez mahu kelibat Bieber hilang daripada diri wanita itu.

“Malah, melihat mereka berdua rapat atau keluar bersama juga sudah membuatkan ramai yang risau jika Bieber memberi pengaruh yang buruk kepada Gomez," kata sumber terdekat Gomez.

Gomez menjalani rehabilitasi selama dua minggu bermula 5 Januari lalu untuk membebaskan dirinya daripada ketagihan dadah.




Selain daripada pengaruh buruk yang dibawa oleh Bieber kepada Gomez, corak percintaan antara mereka juga membuatkan rakan-rakan melarang mereka bertemu.

“Bieber terlalu menunjukkan kuasanya dalam bercinta. Setiap apa yang dikatakan mesti dituruti oleh Gomez. Sebab itu hubungan mereka sentiasa goyah," jelas sumber itu.

Apa yang Gomez mahukan adalah untuk menjadi satu-satunya cinta di hati Bieber tetapi ia sesuatu yang amat sukar. Ini kerana penyanyi lelaki itu bermasalah.

“Kehidupan Bieber liar dan sentiasa bersosial. Malah, Bieber juga sentiasa di kelilingi oleh wanita yang cantik. Ini membuatkan Gomez cemburu," jelas sumber yang sama. Daripada Gomez kecewa dan akhirnya melakukan perkara yang melukakan dirinya, lebih baik mereka menjauhkan diri masing-masing.
Previous Post Next Post