Ji-won kongsi rahsia kecantikan


HA JI-WON

PELAKON wanita Ha Ji-won baru-baru ini berkongsi rahsia kecantikan dengan peminat-peminatnya.

“Bagi saya kecantikan bergantung kepada fikiran kita. Saya jarang memikirkan umur saya dari semasa ke semasa,” katanya.

Dakwa Ji-won, dia sering berusaha untuk kelihatan lebih muda dari usia dan memainkan peranan karakter orang muda.

“Ada beberapa sikap, gaya atau perbualan tertentu saat kamu berusia 20-an. Saya rasa itulah yang membuat saya tetap kelihatan muda,” tambahnya.


Previous Post Next Post