Nabil Ahmad: Gagal Dalam MLM 2013 Bukan Sebab Aibkan Luna


Kekalahan Nabil pada program Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) bukan disebabkan kontroversi mengaibkan juri tetapnya iaitu Luna Maya.

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad menolak dakwaan kegagalannya dalam pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) kerana kontroversinya mengaibkan juri tetap rancangan itu Luna Maya sebelum ini.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 30, berkata, walaupun hanya mendapat tempat kelima MLM 2013, dia tetap bersyukur dan berpuas hati kerana telah memberikan persembahan terbaik kepada penonton.

"Saya sudah memberikan terbaik kepada penonton pada pertandingan akhir itu dan ia tiada kena mengena dengan kontroversi saya dan Luna kerana ia sudah pun selesai secara baik.

ARTIKEL BERKAITANL: Nabil Ahmad Mohon Maaf Kepada Luna Maya Dalam MeleTOP




"Barangkali lawak yang saya ketengahkan berbeza dengan sebelum ini membuatkan penonton dan peminat masih boleh belum menerimanya," kata Nabil kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Nabil berkata, walaupun telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Luna dalam program Meletop pada Selasa lalu, dia turut meminta maaf kepada wanita berkenaan secara bersemuka ketika berjumpa pada Khamis lepas.

Previous Post Next Post