Percayalah kata Misha Omar



MINGGU lepas kita lega dengan pengumuman berita pernikahan Misha Omar. Minggu ini lain pula cerita dek status Facebook seorang wanita yang mempertikaikan gelaran anak dara Misha dan mendakwa dia pernah bernikah dan jadi isteri ketiga seorang jutawan. Apa lagi, satu Malaysia terkejut. Kecewa punya pasal, Misha sendiri telah menaik muat naik semula status Facebook wanita tersebut di Instagram miliknya sendiri, lagi lah ramai orang baca kisah itu.

Joyah melihat inilah padah keterbukaan laman sosial kini, masing-masing mengutarakan pendapat tanpa selidik panjang. Jujurnya setelah sekian lama dalam industri, Joyah tidak rasa Misha perlu melayan orang-orang sebegitu. Tetapi ini bukanlah bermakna Joyah menyokong tindakkan memuat naik status berbentuk fitnah.




Pada Joyah orang yang suka menabur fitnah ini akan sentiasa wujud, ada di mana-mana sahaja. Cuma pada masa hadapan mungkin ada cara lain untuk mengajar mereka. Ternyata tindakkan menaik muat naik semula status yang sama dilaman sosial Misha hanya memberi kelebihan seseorang itu untuk dikenali sahaja.

Joyah juga berharap kes ini ditutup. Terimalah penjelasan Misha, dia tidak pernah bernikah sebelum ini. Mari kita doakan yang terbaik buat bakal pengantin ini.
Previous Post Next Post