SIMON dan Lauren kini dikurniakan bayi sulung



JURI terkenal program realiti televisyen, American's Got Talent, Simon Phillip Cowell, 57, tidak mampu menahan sebak apabila pertama kali menyambut kedatangan orang baharu dalam kehidupannya.

Berdasarkan sebuah laporan portal hiburan antarabangsa, juri sensasi tersebut telah mengumumkan kelahiran bayi lelakinya yang diberi nama Eric dalam akaun sosial Twitternya pada 14 Februari lalu.

Dia yang teruja dengan kelahiran bayi tersebut mengakui sedikit gementar dengan kelahiran bayi pertamanya. Namun segalanya bertukar gembira setelah bayi tersebut selamat dilahirkan.




"Eric sangat sempurna dan kacak, saya menunggu seumur hidup untuk peristiwa ini," katanya.

"Kedatangan orang baharu dalam hidup kami amat bermakna disebabkan tarikhnya sempena Hari Kekasih dan saya juga akan mengahwini dia (Lauren Silverman) apabila semuanya telah selesai," ujarnya.

Pasangannya Lauren Silverman selamat melahirkan bayi lelaki secara normal pada pukul 5.45 petang di Lennox Hill Hospital di New York.
Previous Post Next Post