
CHINA, 13 FEB 2014: Bukan sekadar berjaya mencipta nama di negaranya sendiri, sebaliknya pengarah filem Zhang Yimou juga turut melakar nama di peringkat antarabangsa kerana sering menghasilkan filem-filem yang berkualiti.
Namun, siapa sangka pengarah filem terkenal itu terpaksa berdepan dengan sejumlah wang denda yang banyak akibat tidak mematuhi polisi satu anak yang dibuat oleh negara komunis itu.
Akibat melanggar polisi tersebut, Zhang Yimou terpaksa membayar denda sebanyak USD1.2 juta (7.48 juta Yuan) kerana memiliki 3 anak iaitu 2 anak lelaki dan 1 anak perempuan bersama isterinya Chen Ting sedangkan undang-undang hanya membolehkan mereka memiliki 1 anak saja.
Zhang Yimou yang sebelum ini telah menghasilkan filem seperti Red Sorghum, House of Flying Daggers dan terbaru the Flowers of War mengakui telah melanggar polisi tersebut pada Disember lalu.