Aizat Amdan Dimarahi Zee Avi


Penyanyi serta komposer, Aizat Amdan mengakui pelantun lagu ‘Kantoi’, Zee Avi atau nama sebenarnya Izyan Alirahman pernah memarahinya gara-gara gosip yang heboh diperkatakan sejak tahun lalu kononnya mereka bercinta.

Aizat ketika ditemui pada majlis pelancaran album artis di bawah syarikatnya, Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd iaitu The Venopian Solitude baru-baru ini turut menafikan bahawa mereka bercinta. Menurutnya, dia hanya menganggap wanita berasal dari Miri, Sarawak itu sebagai kakaknya sahaja tidak lebih daripada itu.




“Zee Avi pernah memarahi saya ketika mulanya keluar gosip tersebut. Namun saya tidak kisah kerana menganggap perkara ini sebagai gosip sahaja. Gosip antara kami timbul apabila saya bawa dia ketika separuh akhir Muzik Muzik tahun lepas. Zee Avi tiada syarikat pengurusan di sini, jadi niat saya bawa dia ke sana adalah untuk memperkenalkannya dengan pihak produksi TV3.

Saya baru kenal dia dan apabila keluar gosip ini saya hanya gelak sahaja. Dia macam kakak saya dan saya layan dia seperti seorang adik kepada kakak sendiri, sama juga seperti Yuna. Bagi saya, dia seorang yang peramah dan banyak pengalaman dalam bidang muzik, sebab itu saya selesa berkawan dengan dia,” ujar Aizat sambil mengakui dirinya kini masih solo.

“Setakat ini saya mempunyai ramai kenalan namun semuanya kawan biasa saja, belum ada yang serius. Saya mahu beri tumpuan dan stabilkan diri saya dalam bidang muzik terlebih dahulu sebelum memikirkan soal cinta,” ujar pelantun lagu ‘Sungai Lui’ mengakhiri perbualan.

Jom layan muzik We'll Be Happy Aizat feat Zee Avi

Previous Post Next Post