Chef Wan Bercuti Di Maldives



Bermula dengan isu nasi lemak ‘telanjang’, diikuti teguran buat stesen televisyen yang tidak peka dengan program masakan sehinggalah kepada kontroversi percintaan pelakon Hanez Suraya dengan lelaki berstatus suami orang, Romie Razin Adilha, semuanya mendapat perhatian masyarakat.

Ada yang bersetuju dan tidak kurang yang berkata luahan chef selebriti, Datuk Chef Wan, sebagai keterlaluan, terutama berhubung percintaan pelakon ‘Autumn Di Hatiku’ itu sedangkan mereka tiada sebarang pertalian.

Chef Wan berbuat demikian bukan untuk meraih publisiti murahan, sebaliknya kerana dirinya berpegang kepada prinsip berani kerana benar.




Sebagai seorang yang mempunyai banyak pengalaman, Chef Wan berkata, beliau berhak menegur apa yang dirasakan tidak betul, walaupun kebenaran pahit untuk diterima.

Teguran itu pula bukan untuk menjatuhkan, sebaliknya supaya pihak berkenaan dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.

Didalam kekecohan tersebut ARTISMELETOP sempat melihat gambar-gambar percutian Chef Wan di kepulauan Maldives. Chef Wan telah menetap di Maldives Lux Resort dikatakan resort yang mahal juga disini.




Jom Kita layan percutian yang indah ini

Previous Post Next Post