Ntv7 & Bella Hopes Turun Padang Penuhi Tanggungjawab Sosial



Rancangan Bella Hopes telah mengadakan program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan menjalinkan kerjasama bersama PERTIWI Soup Kitchen untuk membawa keceriaan kepada warga kota yang memerlukan.

Menariknya lagi, PERTIWI Soup Kitchen diusahakan oleh Puan Munirah Abdul Hamid juga merupakan salah seorang daripada lima orang wanita yang dipaparkan menerusi rancangan dokumentari Bella Hopes terbitan stesen ntv7.

Program yang berlangsung pada 10 Mac lalu telah diadakan di sekitar Kuala Lumpur dengan disertai oleh pengacara rancangan temubual Bella, Elaine Daly, pembaca berita Edisi 7 dan 7 Edition – Nina Jamil dan Melissa Ong serta kakitangan ntv7.




Antara sumbangan yang diberikan adalah 700 bungkusan makanan yang diedarkan kepada masyarakat gelandangan selain sumbangan pakaian. Selain itu, turut diadakan adalah sesi ‘mini-makeover’ dan acara menggunting rambut oleh pasukan artistik Derina buat beberapa warga kota yang terpilih.

Dalam perkembangan lain, ntv7 juga menyiarkan rancangan dokumentari khas sempena Hari Wanita Sedunia, 'Bella Hopes' yang menyentuh kisah lima orang wanita penuh aspirasi dengan melakukan perubahan positif tidak kira sama ada terhadap manusia, haiwan mahupun alam sekitar.

Dokumentari menarik ini boleh ditonton pada setiap hari Ahad, jam 8.30 malam. Para penonton juga boleh menyaksikan temubual eksklusif bersama kelima-lima tokoh wanita ini dalam rancangan Bella menerusi slot istimewa Bella Society pada setiap hari Selasa.
Previous Post Next Post