Salman Khan bantah berseteru



JIKA sebelum ini, Salman Khan dilaporkan meninggalkan sesi fotografi kerana cemburu dengan gambar-gambar yang diambil juru foto terhadap gambar Akshay Kumar, namun sebenarnya ada cerita lain mengenai hal itu.

Menurut seorang teman rapat Salman, bintang Bollywood itu memaklumkan kepadanya dia tidak pernah meninggalkan lokasi seperti didakwa.




“Salman mempunyai satu lagi sesi fotografi bersama Arjun Kapoor untuk filem 2 States dan dia harus ke sana dengan segera. Kebetulan ketika dia beredar, tidak ada kru berhampirannya dan dia hanya memaklumkan perkara itu kepada adiknya.

“Kebetulan beberapa media berada berdekatan dan mereka andaikan Salman merajuk,” ujar sumber itu.
Previous Post Next Post