Syamsul Yusof Sah Kena Demam Denggi



Semalam pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof dilapor telah ditahan di Pusat Perubatan Gleneagles, selepas disyaki menghidap demam denggi. Kenyatan itu dikeluarkan sendiri oleh ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail selepas anaknya itu mengadu sakit kepala dan demam teruk sejak dua hari lalu.

Terbaru, apa yang disampaikan oleh bakal isteri Syamsul, Puteri Sarah kepada ARTISMELETOP ialah Syamsul sah terkena demam denggi.




"Yes, memang 'confirm' denggi," ujar ringkas Sarah.

Sama seperti apa yang diberitahu oleh ibu Syamsul, Sarah juga ada menyatakan yang mana pengarah filem 'KL Gangster' itu sempat berseloroh bahawa dia tetap akan meneruskan pernikahan mereka meski perlu dilakukan di hospital.

Bakal diijabkabulkan pada 8 Mac ini bertempat di Masjid Sri Damansara, Sarah memberitahu yang dia masih dapat mengawal rasa gementarnya.

"Buat masa sekarang, saya belum lagi rasa debarannya. Mungkin perasaan gementar dan takut itu akan datang bila tiba masa hendak dinikahkan nanti. Saya berharap semoga semuanya berjalan lancar," ujarnya lagi.

Sejurus selepas dinikahkan, Syamsul dan Sarah akan diraikan di dalam majlis resepsi sebelah pihak pengantin perempuan yang diadakan di Dewan N'dah Mahligai, Shah Alam pada sebelah malam hari yang sama.

ARTISMELETOP: Hati-hati sekarang banyak nyamuk aedes dan kes denggi
Previous Post Next Post