William & Kate Bulan Madu Kali Kedua Di Maldives



Setelah puas menjalani kehidupan sebagai ibu dan bapa kepada Putera George, pasangan diraja William dan Kate kini dilaporkan sedang berbulan madu buat kali kedua di Maldives. Tanpa pewaris takhta kerajaan Britain itu, pasangan yang telah pun lebih dua tahun berumahtangga ini mahu privasi dan berdua sahaja pada waktu bulan madu itu.

Pasangan ini dikatakan telah menyewa resort Cheval Blanc Randheli yang terletak di Noonu Atoll yang merupakan pulau paling utara di dalam kepulauan Maldives. Pasangan yang tiba semenjak Khamis lalu di Ibrahim Nasir International Airport itu telah empat malam berada di pulau peranginan popular itu.




Sebagai pasangan diraja, Will dan Kate dihormati dan tidak diganggu privasi mereka. Resort yang didiami mereka adalah merupakan salah satu asset milik Louis Vuitton Moët Hennessy berhadapan pemandangan indah Laut Hindi.

Selain daripada menikmati waktu bersama, pasangan glamor ini turut menghabiskan waktu dengan aktiviti sukan air seperti scubadiving, snorkeling, menaiki bot ke pulau berdekatan, Maakurandhoo.
Previous Post Next Post