Drew Barrymore Anjur Majlis Sambut Bayi


Drew Barrymore bakal lahirkan anak kedua bulan depan.

Drew Barrymore sudah memasuki bulan kelapan dan bersempena dengan kelahiran anak keduanya itu, aktres tersebut menganjurkan sebuah majlis sederhana yang dihadiri keluarga dan rakan-rakan artis.

Menurut laporan Aceshowbiz majlis tersebut telah berlangsung pada Sabtu lalu di kediaman Drew di Los Angeles, Amerika Syarikat manakala rakan baiknya, Cameron Diaz, Reese Witherspoon dan Gwyneth Paltrow turut hadir ke majlis tersebut.
Pada majlis itu Drew dilihat gembira dengan kehadiran teman-teman baiknya dan teruja untuk melihat bayinya yang bakal lahir bulan depan.




Difahamkan seramai 50 orang tetamu jemputan yang hadir memeriahkan majlis bintang filem Charlie's Angels itu.

Drew yang merupakan isteri kepada Will Kopelman turut mempunyai seorang anak, Olive Barrymore yang kini berusia 2 tahun.
Previous Post Next Post