Sebenarnya ARTISMELETOP dah lama perasan pelakon, Fiza Elite membuang atau memadamkan semua gambar bersama suaminya, Adam AF sejak akhir-akhir ini di Instagram.
Cuma, ARTISMELETOP perasan hanya satu gambar mereka berdua saat diijabkabulkan 8 bulan lalu sahaja tidak dibuang.
Namun semalam, tiba-tiba ARTISMELETOP yang merupakan pengikut setianya di Instagram ternampak Fiza memuat sebuah foto suaminya bersama rakan-rakannya di akau n Instagram miliknya.
Kapsyen Fiza dalam foto tersebut memberitahu Adam masih dalam meeting dan sempat mengirimkan gambar kepadanya malam semalam.
ARTISMELETOP pun gembiralah melihat perkembangan hubungan mereka yang dilihat baik-baik sahaja dan tak seperti yang digambarkan.
Peminat dan pengikutnya pun menerusi foto tersebut turut mendoakan yang terbaik buat Fiza dan Adam.
Adakah ianya petunjuk sebutan kes perceraian mereka yang sepatutnya berlangsung di mahkamah Isnin ini akan dibatalkan? Jika benar baguslah, ARTISMELETOP tumpang gembira.
Tapi pagi ini, ARTISMELETOP agak kecewa dan pelik sedikit kerana gambar tersebut sudah tiada dan banyak gambarnya sejak seminggu lalu pun sudah dipadam.
Apa sebenar tujuan Fiza? ARTISMELETOP pun tak tahu. Hanya dia dan Tuhan sahaja tahu apa yang berlaku. Apa-apa pun ARTISMELETOP tetap mendoakan yang terbaik pada rumahtangga mereka dan diharap berfikir panjang sebelum mengambil apa-apa keputusan.