Kristen Dunst cuak jadi pelakon


KRISTEN DUNST

MEMULAKAN karier dalam bidang seni sebagai seorang model sejak usia tiga tahun, ternyata bukan satu lesen membuat Kristen Dunst selesa dengan kehidupannya yang penuh glamor.

Dalam satu temu bual bersama majalah Harper's Bazaar bagi edisi Mei 2014, wanita berusia 31 tahun itu mengaku bahawa dirinya cuak setiap kali mengingati pekerjaannya sebagai seorang pelakon.

"Saya tidak suka hakikat bahawa saya bekerja sebagai pelakon. Apabila mengingatkannya, saya jadi cuak. Ini kerana saya tidak gemar menjadi sasaran kerana sejujurnya, saya seorang penakut," ujarnya yang juga mengaku seorang yang tidak popular di sekolah.




Tambah Kristen, kerana sikapnya yang kurang bergaul, dia jika tidak mempunyai rakan baik dalam kalangan selebriti.

"Saya sukakan sebuah kehidupan yang sederhana. Semakin saya menginjak usia, semakin saya mahu hidup dalam keadaan selesa dalam zon sendiri. Sama seperti dalam cara saya berpakaian. Apa yang penting selesa pada mata saya," akuinya.

Ditanya tentang hala tuju kariernya pula, Kristen menggambarkan, dia berminat untuk menjadi pengarah tetapi tidak bijak menulis naskhah sendiri.

Katanya: "Buat masa sekarang saya memang tidak berminat untuk mengarah. Mungkin untuk tempoh tiga tahun lagi, siapa tahu? Saya akan mula mengarah sebuah filem."
Previous Post Next Post