WALAUPUN sibuk, isteri kepada pewaris takhta Britain, Putera William, Kate Middleton tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu kepada Putera George Alexander Louis.
Setiausaha peribadi William memberitahu, Middleton sanggup membawa George menaiki penerbangan selama 27 jam semata-mata tidak mahu berpisah dengan puteranya ketika dia sedang menyempurnakan urusan diraja bersama William.
“Kadang-kadang mereka membawa George selama tiga hingga empat minggu berulang-alik dari Australia dan New Zealand.
“Jika Middleton bekerja pada waktu petang, masa terluangnya akan digunakan untuk melayani George,” katanya.