Neelofa Bakal Keluarkan Produk Kanta Lekap



SATU perkara yang kami tabik dengan pelakon dan pengacara Neelofa ialah minatnya yang begitu mendalam dalam dunia perniagaan.

Dia yang juga pengarah syarikat produk kesihatan, BellaVitta Healthcare International Sdn. Bhd dan tudung, Nur Hijab Sdn. Bhd kini melebarkan lagi sayapnya menerusi satu lagi produk baru iaitu, kanta lekap.




Ia dimaklumkan sendiri oleh Neelofa menerusi akaun Instagramnya yang menunjukkan beberapa gambar berkaitan dengan produk tersebut.



Ia turut disertakan dengan ‘caption’:

“As you may already know, apart from @bellavita_my & @bokittahijab, i’m also working on @lofalens which will be in the market by May insyaAllah. I recieved an amazing response hence I swear i cant wait for it to be officially ready. *** I recently came up with an idea which I shared with the owner of BellaAmmara. They loved it and immediately said yes! So now, we’re beginning to work on it and I’ll share with you lovelies what I’m on about as soon as possible!”

Kanta lekap di bawah jenama Lofalens dijangka bakal berada di pasaran tidak lama lagi.

Diharap usaha keras Neelofa akan membuatkan dia terus dikenali bukan sahaja sebagai selebriti, malah sebagai ahli perniagaan yang berjaya nanti.
Previous Post Next Post