Orang kata patah tumbuh hilang berganti.
Namun, sehingga ke hari ini pelakon Rita Rudaini masih belum terfikir untuk mencari pengganti bagi memenuhi ruang kosong di dalam hatinya.
Sebaliknya, aktres kelahiran Perlis ini mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap dua putera dan karier lakonannya.
“Segala yang saya lalui sangat berat. Jadi, selain karier fokus saya hanya pada anak. Mereka adalah harta yang paling berharga dalam hidup saya dan tiada galang gantinya. Saya gembira bersama mereka.
“Bukanlah serik untuk berumah tangga lagi, tetapi ketika ini anak-anak sudah cukup untuk menjadi penguat semangat kepada saya meneruskan hidup. Saya belum terfikir untuk berkahwin lagi,” katanya memetik laporan Harian Metro, hari ini.
Walaupun sudah tidak mempunyai sebarang ikatan dengan bekas suami, Aidil Zafuan Abd Radzak, namun Rita menyatakan dia tidak akan memutuskan hubungan Aidil dengan anak-anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, adn Airit Qaqa Arjuna, 3.
Rita Rudaini - 'Aidil Sepatutnya Utamakan Anak'
Untuk makluman, Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 namun telah disahkan bercerai talak satu pada 5 September tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.
ARTISMELETOP: KALAU NAK CARI SUAMI KENALAH CARI SUAMI YANG BERTANGGUNGJAWAB KALAU TA NAYA