Shae lancar laman web



SIAPA yang tidak kenal penyanyi kelahiran Indonesia, Shae yang ceria dan bersuara lunak ini yang berjaya mencuri hati peminatnya melalui lagu Sayang dan Cintaku Tlah Mati Untukmu.



Malah, terbukti bahawa lagu Sayang mendapat sambutan yang hangat daripada peminat-peminatnya di Malaysia dan impak lagu itu juga begitu hebat sehingga menjadi viral di YouTube oleh peminat Shae yang membuat video parodi lagu itu.




Baru-baru ini, menerusi siaran media pengurusan Warner Music, Shae baharu sahaja melancarkan laman webnya sendiri yang boleh dilayari menerusi http://www.shaeofficial.com.

Dengan adanya laman web Shae, peminat boleh mengetahui segala informasi terkini mengenai Shae dengan hanya melayari laman web penyanyi kacukan Belanda itu. Segala berita terkini, muzik video, lagu, gambar dan mengenai Shae akan dikongsi di laman web itu.
Previous Post Next Post