MISS J tak tahu macam mana pelakon Shahrizal atau Shah Jaszle boleh bertahan apabila membaca pelbagai komen negatif yang ditulis di laman sosial Instagram (IG) miliknya.
Yang Miss J paling tak faham apabila ada pengikutnya bertindak menulis mesej lucah berhubung bahagian sulit Shah Jaszle. Ish... perkara macam itu mana boleh dibuat main!
Kalaulah orang dewasa yang membuat komen sebegitu, Miss J boleh lagi terima. Tapi macam mana pula kalau golongan kanak-kanak yang membacanya, kan ke tak elok! Sebab laman sosial itu diikuti oleh peminat pelbagai usia.
Tulisan yang hanya bertujuan untuk memalukan sebegitu seharusnya kena pantau oleh artis itu sendiri. Kalau boleh terus padam komen melampau tersebut atau terus sekat penulis komen tak bermaruah itu!
Miss J bukanlah nak memenangkan Shah Jaszle dalam perkara ini. Tapi kalau diperhatikan semula, trend menulis kata-kata lucah di laman sosial artis kini dah semakin menjadi-jadi.
Pengikut artis di alam maya ini semakin berani melemparkan kata-kata orang tidak bertamadun di akaun IG artis!
Lebih teruk lagi apabila si artis tak buat apa-apa. Perbuatan membiarkan saja komen tersebut di laman sosial sendiri itu yang buat Miss J tertanya-tanya. Sengaja nak tunjuk hebat atau apa?